Tuesday 27 May 2014

stereotaip

Lima orang pembentang yang berpakaian formal bertemakan hitam putih sedang bersedia untuk menyampaikan hujah mereka tentang stereotaip.

Pembentangan dimulakan dengan memperkenalkan apa streotaip itu sendiri.



Lima minit berlalu.

"Terima kasih. Ada soalan?" Seorang lelaki berkemeja putih dengan slack dan kasut berwarna hitam bersuara sambil memandang hadirin dalam dewan besar lengkap berpenghawa dingin itu.

Tiada respon.

"Kumpulan Halaqah?"Lelaki itu bersuara lagi. Namun kali ini satu kumpulan diseru untuk bertanyakan soalan kepada mereka.

Sepuluh orang ahli kumpulan halaqah itu berpandangan sesama sendiri. "Apa tajuk pembentangan tadi?"
Seorang gadis bertudung merah jambu bertanya kawannya di sebelah.

"Stereotaip."Gadis yang memakai jubah hitam bertudung kuning itu menjawab.

Gadis yang memakai tudung merah jambu itu mengangkat tangan kemudiannya. Soalan ditanya.

Kaku. Sesaat. Dua saat. Saat keenam.

"Suara saya tak jelas ke?" Saudari tukang tanya soalan tadi kelihatan geram kerana soalannya belum berjawab.

"Tak dengar." Pembentang itu bersuara kemudiannya dengan isyarat tangan di telinga.

"Pada pendapat anda, adakah stereotaip ini bagus untuk individu?" Mahasiswi itu bertanya lagi dengan menguatkan sedikit suaranya malah mengubah posisi daripada duduk tadi kepada berdiri.

Dia tersenyum dan duduk kembali.

Mikrofon bertukar tangan kepada lelaki berkemeja hitam. Dia menghidupkan mikrofon yang tadinya dimatikan.

"Em, sebenarnya stereotaip ni maksudnya macam judge orang, so stereotaip ni tak bagus. Tapi, depends jugak. Kalau stereotaip kita perkara yang benar dan diterima masyarakat, dibolehkan."

"Ok?" Lelaki berkemeja hitam itu memandang gadis tadi dengan muka cuak. Gadis itu mengangguk kemudiannya.

***

Stereotaip. Selalu sahaja dilakukan oleh individu secara sengaja mahupun tidak.

Jangan mudah prasangka, apalagi menilai seseorang.

Kerna kita takkan pernah benar-benar tahu baik buruk seseorang.



"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
Al-Hujuurat : 12 


No comments:

Post a Comment