Wednesday 16 January 2013

Dah baca Quran?

"Teman aku pergi kedai buku jom?"

"Buku-buku yang bersusun kat rak kau tu semua dah khatam ke?"

"Mestilah.Aku kan suka membaca,macam tak kenal aku pulak."

"Semua kau dah khatam termasuk yang kulit merah tu?"*tunjuk ke arah Quran tafsir milik aku*

[tak jumpa Quran tafsir kulit merah kat google -.-]


"Er,kau perli aku eh?"

"Aku ingatkan je la kawan,dalam Quran tu banyak sangat kisah menarik untuk kau baca dan hadam."

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
[Yusuf 12 : 111]

"Ok."*buat muka insaf*"Tapikan,aku lagi senang ingat kalau orang ceritakan,boleh cerita dekat aku,apa yang kau dah baca dan hadam?"

"Apa kata kita sama-sama baca dan tadabbur ayat-ayat Allah ni?"

"Jom!mula dengan surah al-fatihah eh?"*semangat berkobar-kobar*

Quran is for yourself,not your shelf
-Ustazah Dr Sharifah Norhayati


#Terkadang kita asyik dengan buku-buku pelajaran,novel-novel yang menghiburkan dan bait-bait puisi yang mengasyikkan sehinggakan terlupa untuk meluangkan masa membaca dan mentadabbur ayat-ayat cintaNya yang menarik lagi mendamaikan.

مروحة = kipas

Mata masih memerhatikan bilah kipas yang sedang berputar ligat di siling bilik.

[ni bukan kipas dalam bilik aku -.- ]

Tertanya sendiri,adakah ia tidak penat memutarkan angin di sekelilingnya buat dibekalkan kepada seorang hamba berdosa yang sedang memerhatikannya.

Apatah lagi empunya diri yang asyik memerhatikannya sedang enak dibuai angan-angan sambil berbaring di atas katil empuk bertentangan dengannya.

Pernah tak kita terfikir,atau terlintas sejenak di fikiran,jurutera telah menghasilkan banyak alat dan pastinya untuk membuatkan kita selesa.Contohnya kipas,diciptakan untuk mengurangkan rasa panas.

Tapi,sedar tak,sebenarnya angin semulajadi yang diciptakan oleh Allah lagi tenang dan mendamaikan. =)

Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
[Ar-Ra'd 13 : 16]

Lagipun,seorang jurutera perlu menghasilkan reka bentuk terlebih dahulu sebelum mencipta sesuatu yang baru sedang Allah tidak memerlukan sebarang reka bentuk untuk menghasilkan segala sesuatu bahkan hanya dengan mengatakan jadilah,maka jadilah sesuatu itu.

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi.
[Yaasin 36 : 82]

Hebatkan Allah?Sejauh mana kita bersyukur,jom sama-sama muhasabah.
     

jom pimpin tangan ke syurga...^^

"Ana,apa cita-cita kau?"

"Nak berpimpin tangan dengan semua orang yang aku sayang masuk syurga sama-sama."

"Kau sayang aku tak?"

"Eh,tetibe je tanya aku sayang kau tak."

"Sebab aku pun nak masuk syurga sambil pimpin tangan kau jugak."

"Jom pimpin tangan masuk syurga,kalau agak-agak aku nak terjun ke neraka,tarik aku naik semula tau.."

"Eh,mestilah.Kalau kau terjun ke neraka,aku tarik kau naik semula dan berpimpin tangan menuju ke syurga."

"Terima kasih Nisa.Uhibbuki fillah."

"Uhibbuki fillah kaman"



#Aku takut sangat semua orang yang aku sayang berlari masuk syurga sedang aku tertinggal di belakang keseorangan sebab tak layak.Ampunkan aku Ya Allah.T_T

Friday 11 January 2013

tawakal

"Rasa macam ditembak bazooka je.."

"huh?"*muka blur*

"Aku tak tau sama ada kelengkapan perang tak cukup or memang aku tak cukup bersedia dari segi mental dan fizikal masa pergi perang tadi."

"Mana ada orang tak buat silap.Mungkin kau kena usaha labih sikit untuk perang yang berikutnya?tak macho la tak dapat keputusan lagi dah kecewa macam aku nak mati."



"Tapi bukan tawakal tu di hujung usaha manusia ke?"

"Kau memang dah usaha kan?Bukannya kau tinggalkan kertas jawapan kosong tak bertulis pun.Sekarang ni kau tawakal dan serahkan je kepada Dia yang maha kuasa."

"Aku (Allah) berada dalam sangkaan hamba-hambaKu" (hadis qudsi)


#get ready untuk paper berikutnya..^^