Wednesday 16 January 2013

Dah baca Quran?

"Teman aku pergi kedai buku jom?"

"Buku-buku yang bersusun kat rak kau tu semua dah khatam ke?"

"Mestilah.Aku kan suka membaca,macam tak kenal aku pulak."

"Semua kau dah khatam termasuk yang kulit merah tu?"*tunjuk ke arah Quran tafsir milik aku*

[tak jumpa Quran tafsir kulit merah kat google -.-]


"Er,kau perli aku eh?"

"Aku ingatkan je la kawan,dalam Quran tu banyak sangat kisah menarik untuk kau baca dan hadam."

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
[Yusuf 12 : 111]

"Ok."*buat muka insaf*"Tapikan,aku lagi senang ingat kalau orang ceritakan,boleh cerita dekat aku,apa yang kau dah baca dan hadam?"

"Apa kata kita sama-sama baca dan tadabbur ayat-ayat Allah ni?"

"Jom!mula dengan surah al-fatihah eh?"*semangat berkobar-kobar*

Quran is for yourself,not your shelf
-Ustazah Dr Sharifah Norhayati


#Terkadang kita asyik dengan buku-buku pelajaran,novel-novel yang menghiburkan dan bait-bait puisi yang mengasyikkan sehinggakan terlupa untuk meluangkan masa membaca dan mentadabbur ayat-ayat cintaNya yang menarik lagi mendamaikan.

No comments:

Post a Comment