Wednesday 12 September 2012

islam sebagai ad-deen


Entri ini bukan bertujuan menyokong mana-mana parti apatah lagi menghina mana-mana pihak..

Pada hari pertama aku mendaftarkan diri di universiti,aku diajukan satu soalan,awak dari FPI(Fakulti Pengajian Islam)? Pada mulanya aku agak pelik kerana bukan seorang yang menanyakan soalan  tersebut kepadaku..Kemudian,aku sedar,mungkin soalan ini diajukan kerana tudung labuh yang aku pakai..

Realiti masyarakat hari ini beranggapan tudung labuh hanya untuk pelajar yang belajar agama..Sedangkan islam itu ad-deen..Islam sebagai cara hidup..Bukan hanya pada nama..Bukan juga dikhususkan untuk pelajar agama..Aku bukanlah menyuruh setiap orang yang tertulis islam pada kad pengenalannya memakai tudung labuh..Sama sekali tidak..

Tapi,Allah telah berfirman dalam Al-Quran,

 Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang [biasa] nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan [terhadap wanita] atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita........
An-nur : 31

Perintah ini jelas kepada semua wanita yang beriman..jadi,jom kita sama-sama penuhi syarat tutup aurat..Tidak kiralah kita siapa,mari patuhi suruhan Allah kerana kita seorang islam..^^


suatu permulaan



Tanggal 2 september 2012,bermula episod baru dalam hidup aku saat kaki ini melangkah ke alam universiti..

Alhamdulillah seminggu orientasi yang memerlukan kesabaran yang jitu selamat dilalui dengan jayanya..

Hari ini merupakan hari ke-4 aku menjadi seorang pelajar yang mengikuti kursus sains fizik..Subjek-subjek major sem ni ialah thermodynamics,wave and optics,mechanics..Subjek teknikal,teknik matematik1..Bunyi macam senang je kan?InsyaAllah senang jika Allah permudahkan..

Setakat ni,subjek teknik matematik1 memerlukan komitmen yang tinggi kerana setelah saban tahun aku belajar matematik dalam bahasa inggeris,tiba-tiba ditukar ke bahasa melayu..Agak kekok bila real number ditukar menjadi nombor nyata,interval kepada selang..

Namun,InsyaAllah aku boleh..Semoga Allah permudahkan perjalanan mencari ilmu selama 3 tahun di bumi ukm ini..^^