Wednesday 12 September 2012

suatu permulaan



Tanggal 2 september 2012,bermula episod baru dalam hidup aku saat kaki ini melangkah ke alam universiti..

Alhamdulillah seminggu orientasi yang memerlukan kesabaran yang jitu selamat dilalui dengan jayanya..

Hari ini merupakan hari ke-4 aku menjadi seorang pelajar yang mengikuti kursus sains fizik..Subjek-subjek major sem ni ialah thermodynamics,wave and optics,mechanics..Subjek teknikal,teknik matematik1..Bunyi macam senang je kan?InsyaAllah senang jika Allah permudahkan..

Setakat ni,subjek teknik matematik1 memerlukan komitmen yang tinggi kerana setelah saban tahun aku belajar matematik dalam bahasa inggeris,tiba-tiba ditukar ke bahasa melayu..Agak kekok bila real number ditukar menjadi nombor nyata,interval kepada selang..

Namun,InsyaAllah aku boleh..Semoga Allah permudahkan perjalanan mencari ilmu selama 3 tahun di bumi ukm ini..^^


2 comments: