Monday, 14 April 2014

kawan

"Fa, agak-agak kita kawan sampai bila?" Air mineral yang dibeli tadi diteguk perlahan. Penat pusing tasik. Walaupun jogging mereka petang itu diselang seli dengan jalan kaki sahaja, penat tetap terasa.

"Entah, sampai bila-bila kot." Botol mineral miliknya turut dicapai dan air dibawa menuruni rengkungan.

"Kenapa tanya?" penutup botol kembali ke tempat asal. Duduk dibetulkan. Kaki dilunjurkan ke arah tasik.

"Saja. nak tau apa respon kau." Nabila kembali bersuara sambil memandang ke langit. Burung-burung sudah beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing memandangkan hari sudah petang menginjak ke malam.

"Oh. Kalau ditakdirkan aku mati dulu nanti, doakan aku? boleh kita masuk syurga sama-sama." Aifa turut memandang langit yang sama. Langit yang kian gelap menandakan berakhirnya hari. Bulan sudah mula samar-samar menampakkan diri.

Aifa dan Nabila masih statik di situ. Belum punya tanda-tanda mahu pulang.

"Dengan syarat kau pun kena buat yang sama kalau aku yang mati dulu." Nabila memeterai janji.

Tangan Aifa dicapai. "Balik jom? macam mana nak masuk syurga kalau solat pun lambat."


Kawan bukan sekadar diertikan dengan gelak tawa riang gembira

bukan juga yang paling memahami dan sehati sejiwa

Namun kawan adalah yang mampu sangka baik setiap masa

Dan mampu berpimpinan tangan menuju syurga.

Monday, 24 March 2014

mati.

Dan datanglah sakaratulmaut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya. 
Surah Qaf : 19

Ain terkaku. Nafasnya menjadi sesak serta-merta. "Adakah ini hari kematianku?" Hati monolog sendiri.

Seluruh badan tak mampu digerakkan. Cuma mulut yang mampu bergerak terkumat-kamit melafazkan istighfar. "Tapi, kalau ini adalah saat sakaratul maut, masih diterimakah taubatku?" Hati berkata-kata lagi.

Tidak mempedulikan kata hati, jasad yang terkaku sejak dua minit yang lalu terus-terusan mengucap syahadah. Bimbang seperti apa kematiannya. Mengharapkan husnul khatimah pastinya.



Lima minit berlalu. Telefon yang ingin dicapai dari tadi selamat dalam genggaman. Jasad yang tadinya kaku mampu digerakkan kembali.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Allah masih nak bagi peluang. Untuk melaksanakan perintahnya. Moga-moga peluang itu tak disiakan.

Hidup itu singkat sekali. Untuk dibazirkan dengan sia-sia.
Allah bertanya: "Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab: "Kami tinggal [di bumi] sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung." Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal [di bumi] melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui." Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main [saja], dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
Al-Mu'minun : 112-115 
Semoga terus kuat. Untuk melaksanakan perintah-Nya.

Wednesday, 19 March 2014

permintaan

"How hard did you try?" Soalan Aleksandr kepada Dash dalam novel Anthem seolah menyapa telinga.

"Kalau tak cuba, takdela pengalaman." Norma bersuara memujuk.

Permintaan tu seakan berat. Menjadi penyampai di hadapan lebih daripada 30 peserta. Sungguhlah debaran tu menyesakkan dada.



"Allah akan tolong, serah segalanya kepada Dia. Kita tiada daya upaya pun tanpa pertolongan Dia."-Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

"Afif yakin ifa boleh."

Dan kata-kata mereka mendesak aku membuat sebuah keputusan.

Tak salah mencuba. Dan pengharapan cuma kepada Allah tentunya. 

Dhuha,jom

"Han,kau lepak kat sini je kan?"

Angguk.Muka tak beralih dari buku di tangan.

"Jagakan barang aku, nak pergi surau jap." Wan bersuara lagi.

Sahabat dipandang sekilas."Ok." Angguk lagi.

Wan mengatur langkah ke surau yang berada sepelaung dari tempat lepak mereka. Tempat lepak yang lazimnya dihuni pelajar-pelajar fizik, untuk bersembang atau menyiapkan tugasan, waktu selang untuk menunggu waktu ketibaan subjek berikutnya.

Han mengerling jam di tangan. Jarum pendek mengarah ke angka 11 dan jarum panjang menghala ke angka 12 menandakan jam tepat 11 pagi waktu Malaysia.

"Oh,solat dhuha." Hati terdetik sendiri. Buku di tangan diselak lagi. Bacaan terhenti pada muka surat 174. Tajuk besarnya sahaja sudah menjentik hati, 'Usah Menunggu Ikhlas'. Sungguhlah, cerita dari hati kan sampai ke hati.

Buku ditutup. Kelibat sahabat kelihatan bergerak menghampiri.

"Jagakan barang aku pulak, nak pergi surau." Muka penuh pengharapan.

"Ok." Wan menjawab sepatah dan mengambil tempat di meja panjang itu.

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha.
-Hadis Riwayat Muslim



Terkadang, Tuhan menitipkan rasa ingin berubah melalui perlakuan mereka.

Ya, mereka-mereka yang benar-benar mengharap ganjaran Tuhannya.

Tak perlu kata-kata ajakan, cukup sekadar contoh teladan menggamit ikutan.



Sahabat, moga Allah ganjarimu syurga.

Saturday, 8 June 2013

from zero to hero

Terkadang aku lupa, bahawa setiap kejayaan tu perlukan usaha.
Hatta kanak-kanak yang belajar bertatih pun merasai penatnya jatuh.

Tawakal tu di hujung usaha manusia.

Exam akan bermula dalam masa sehari.Nota dibaca,soalan dikaji.Meski usaha pada saat terakhir, kesungguhan itu mungkin berbaloi..Walau mungkin bukan pada kertas peperiksaan,segala ibrah dan ilmu yang dikutip selama tempoh pembelajaran yang singkat itu mungkin berguna jua nanti.

"Kalau suatu hari nanti awak terdengar orang-orang sedang bercerita di kedai kopi tentang Laplace,mungkin awak boleh join sekali,sebab awak pernah dengar perkataan tu."
-Prof Anuar

Usaha selagi termampu,from zero to hero..^^

Wednesday, 5 June 2013

alone



At this point, you are not alone in the room. Even at times when you think you are alone you have never really been alone. Allah's appointed angels are constantly monitoring and inscribing everything that you do. The moment you say a word they write it down. Your every step, every thought, everything that you do, including obligations which have been postponed, are all recorded without omission.
-Mr Adnan Oktar

Setiap kali ditinggalkan keseorangan, aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk bersendirian. Kerna cuma antara aku dan Dia. 

Friday, 19 April 2013

layakkah aku?

Bila diteliti jadual harian, seolah-olah masa yang dipinjamkan 24/7 lebih banyak dibazirkan daripada dimanfaatkan.

Benarlah iman manusia itu sifatnya yazid wa yankus, tapi takkan nak bagi alasan tu kot saat dipertanggungjawabkan dihadapan Allah kelak sedang kita tidak berusaha sedikitpun untuk manfaatkan masa yang dibekalkan itu.

Saat tadabbur surah waqiah, rasa macam nak je masuk syurga, dan memang sangat ngeri bila difikirkan tentang azab neraka yang diceritakan.Tapi soalnya, layakkah aku?

Suatu pagi, usai solat subuh bersama abah,ummi dan adik-adik, abah mengajak kami sekeluarga sama-sama muhasabah diri. Dan aku terfikir, mampukah aku berpimpinan tangan dengan mereka menuju syurga yang abadi, bersama abah,ummi,along dan adik-adik.

"Kalau kita rasa macam keras sangat hati dan susah nak menangis,even kita tahu setiap hari pasti kita melakukan dosa, cuba bayangkan semua ahli keluarga kita masuk syurga dan kita sorang-sorang terjatuh dalam neraka.Apa agaknya persasaan kita?"
-Afif Amirah

[credit to my lovely sis]

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."
~Ali Imran 3:133~