Thursday 31 May 2012

ilmu bukan pada pointer..

Sering kita dengar soalan-soalan ini ;

         1.Awak dapat berapa "A" ?
         2.Berapa pointer yang awak peroleh ?
         3.Apa-apa je la soalan yang sewaktu dengan 1 dan 2..

Mungkin soalan-soalan ini memberi semangat untuk kita berusaha bersungguh-sungguh..Namun,kalau kita belajar untuk mendapat yang terbaik dalam peperiksaan,atau pujian orang semata-mata dan tidak disandarkan langsung kepada pencipta kita,Allah s.w.t,mungkinkah kita akan bersyukur apabila mendapat keputusan yang terbaik?

Rata-rata masyarakat hari ini berpendapat bahawa orang-orang yang sentiasa berjaya skor markah tertinggi dalam peperiksaan adalah orang bijak pandai,yang ilmunya penuh di dada..Tapi,pernah tak kita sedar? ilmu bukanlah terletak pada pointer dan pointer bukan pengukur ilmu yang kita ada..

Jadi,semak balik niat kita,untuk apa kita menuntut ilmu?adakah kerana Allah dan agama islam yang kita cintai atau hanya kerana kepentingan duniawi semata-mata..Tidak kiralah ilmu apa yang kita pelajari,niatlah dengan ikhlas,Aku hanya belajar kerana Allah..^^


3 comments: