Sunday, 28 September 2014

PD #2


[Port Dickson, a memoir. Moga ukhuwwah kita sampai syurga.]

Port Dickson, buat kali kedua.

All praise to Him the Almighty.

"Wah! dah lama kot aku tak pergi pantai." Han menyuarakan suara hati dengan penuh teruja sambil memandang deruan ombak memukul pantai.

"Aku pun." Nisa menjawab sambil memikirkan bila kali terakhir dia menjejakkan kaki ke pepasir pantai.Meski jawapan untuk persoalan di minda itu tak kunjung tiba.

Beberapa minit mereka tenggelam dalam keindahan panorama ciptaan Tuhan.

"Jom tulis nama atas pasir,buat kenangan."Nisa bersuara kemudiannya apabila terperasankan ranting kayu berhampiran mereka.

The rest is history.

***

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.
[3:190]

Wednesday, 24 September 2014

Rapuh

Rawan.
Kujenguk jendela.
Kudongak ke langit.
Kupalingkan wajah ke awan.

Namun,
Yang dicari tak dijumpai.
Hati itu hilang.
Jauh dari tuan, apalagi Tuhan.

Dalam kelam
Aku cuba lagi,
Berbantukan cahaya bintang dan bulan.
Mencari-cari yang hilang.

Terlupa aku,
Membawa jasad kembali
Sujud kepada Tuhan.
Pemilik hati-hati insan.

buku



"Menurutmu definisi buku itu apa?" Suria bertanya tiba-tiba. Tepu dengan bacaan barangkali.

"Aneh sangat soalannya. Cari saja di wikipedia. Pasti kau ketemu jawapannya." Suria menjawab tanpa berkalih pandang dari langit yang biru.

"Jika aku ingin tahu menurut kamus buku itu apa, aku tak akan tanyakan kamu."

"Oh, kiranya apa maksud buku menurut aku?" Indah menggaru-garu kepala mencari idea.

"Menurut aku, buku itu apa yang bisa dibaca malah bermanfaat pula." Indah menjawab ringkas cuma.

" Kau tidak sediakan soalan tanpa punya jawapan terlebih dahulu,iya kan? Jadi menurutmu apa?"

"Jawapanku tentang takrifnya buku adalah hasil pembacaan, garapan idea dan pengalaman penulis, lagi-lagi jika bukunya bentuk fiksi." Suria menelan liur seketika.

"Kadang-kadang aku tak bisa terima bila orang kata buku-buku fiksi itu mengajak kita berkhayal semata. Apa dia tak pernah baca? Apalagi kalau buku-buku yang bagi aku banyak manfaatnya."

Indah mengangguk sahaja mengiakan pendapat Suria. Ada benarnya, meski ada yang beza pendapatnya.

***

Memikirkan tentang tahun hadapan,

Apa guna baucer buku jika kuotanya buku ilmiah semata.

Mungkin lebih baik duit itu diperuntukkan untuk orang miskin yang ramai di Malaysia.

Ok, mungkin ramai yang pendapatnya tak serupa.

*membayangkan saat menghabiskan baucer buku membeli buku-buku fizik*


Sunday, 15 June 2014

T.T

Kerna akhir sekali yang tinggal cuma kamu.

Sendirian.

Keseorangan.

Jika kamu tak benar-benar usaha untuk kebaikan dirimu,
Agaknya nanti ada?
Yang datang secara tiba-tiba.
Ingin mengambil alih posisimu.

Apalagi jika pada saat itu.
Saat penentuan di hadapan yang Maha pengasih.
Sama ada hamba itu ke syurga atau neraka.

Kau tahu kan akibat tak sedia?
Berkali-kali gagal menjawab ujian dunia,
Jika persediaan tak hebat mana.

Lantas dengan bermalas-malasan setiap hari menjanjikan dirimu syurga?

Tolong.
Tolong bangkit dari lena.
Sebelum tiba saat kau sudah tak punya apa-apa.
Sebelum segala pinjaman ini tamat tempohnya.

Ku pohon.
Sedarkan diri.
Sebelum kau tenggelam dalam lautan ini
Dan gagal timbul lagi.

Friday, 13 June 2014

pada purnama itu ada cinta

Sungguh purnama itu indah.
Indah sekali di pandangan mata.

Dan pada purnama itu ada rahsia Tuhan yang kau tak tau.
Zikirnya tak putus kala terangnya langit oleh cahayanya.

***

Alam itu sungguh buat aku kagum.
Kagum pada cinta mereka pada Rabbnya.
Yang banyaknya manusia tak punya.

Aneh juga sebenarnya.
Mengapa manusia itu tak jatuh cinta.
Pada Rabbnya yang punya segala.
Malah anugerahkan segala mahunya manusia.

Mungkin pada sujud dan rukuknya ada cela.
Atau hati yang enggan hadir sama.
Tunduk dan meluhur pada Dia.
Dengan penuh rasa cinta.

Atau hati-hati yang sarat dosa itu sekadar enggan.
Enggan bertaubat apatah lagi syukur pada Dia.
Lalu bagaimana hadirnya cinta.

Thursday, 12 June 2014

bola

"Wah, banyaknya kereta." Insyirah meluahkan rasa kagum tatkala melihat banyaknya kereta di kawasan parking dataran stadium shah alam.

"Tengok, tepi jalan ni pun banyak lagi." Amirah cuba mengalih pandangan insyirah yang asyik melihat kereta-kereta yang memenuhi lot parking.

"A'ah la." Insyirah masih menjenguk ke luar tingkap kereta.

"Lihatlah betapa berjayanya agenda yahudi menjadikan sukan terutamanya sukan bola sepak sebagai hiburan." 



"Cuba bandingkan dengan kehadiran ke program Global March to Jerusalem tadi, tak pun Masjid Shah Alam yang tersergam indah di sebelah stadium ni."

Amirah meneruskan kata-katanya sambil meneruskan pemanduan untuk pulang ke UKM.

Dua jasad yang turut berada dalam myvi putih itu turut mengangguk-angguk sambil berfikir.

***

Hiburan tak salah. Apalagi sukan. Kan akal yang cerdas ada pada badan yang sihat.

Yang menjadi salah apabila terlalu asyik sehingga lupa tujuan asal.

Lupa hakikat diciptakan.

Dan untuk piala dunia, bila dah bangun tengok bola tu jangan lupa solat jugak, alang-alang dah bangun.

#bajet ada orang baca blog.

Tuesday, 10 June 2014

a letter

Dear Me.

Anda tahu anda punya amanah yang kena jaga? Bukan sekadar belajar untuk isi masa lapang semata-mata.

Jika amanah pada ilmu ni pun gagal dijaga, agak-agak nanti amanah-amanah yang lagi berat senang nak jaga?

Tak mati pun belajar sehabis baik. Tak kisah nanti soalan apa yang ditanya, kalau anda betul-betul sedia benda tu tak jadi masalah pun.

And what do you expect? Anda akan berjaya tanpa usaha? Anda lupa ayat 159 surah Ali imran? Kan Allah cakap faiza azzamta fatawakkal ala Allah.

Tawakkal tu di hujung usaha manusia. Bukan tawakkal semata-mata tanpa usaha sehabis daya.

Usaha. Selagi mampu. Agar nanti tak jatuh kecewa.

Qawiy.

Dan jangan lupa, doa.

Minta pada Dia pemilik segala.

Moga berjaya.