Sunday 4 October 2015

hidup

Setelah sekian lama blog ini ditinggalkan bersawang, akhirnya muncul beberapa patah perkataan, mungkin sekadar simbolik bahawa tuannya masih dikurnia oksigen buat bernafas di bumi Tuhan.

***

Headphone di telinga bertukar daripada lagu 'Make Me Strong' oleh Yusuf Islam kepada lagu 'Wahai Insan' oleh Hijjaz. Random sungguh. Tapi betul la kan, kita nak jadi kuat untuk hidup di dunia yang sementara ni je. Memang tak dapat bayang pun macam mana nak teruskan hidup di dunia ni tanpa kasih sayang Tuhan, tanpa bantuan Dia. Tu la kot hubungkait lagu yang terpasang dari playlist petang-petang ni.

Kuliah sudah masuk minggu yang kelima, menunjukkan banyaknya tugasan-tugasan yang menunggu untuk diselesaikan, belum dikira proposal thesis yang perlu dihantar secepat mungkin.

Pernah, suatu ketika aku ditanya, kenapa hendak sambung master, dan kenapa geofizik. Selalunya, jawapan aku adalah hendak mengisi masa lapang dan tidak mahu kerja lagi sedang usia masih muda. Jawapan untuk kenapa geofizik dan bukanlah fizik, sepertimana degree aku adalah, aku nak keluar dari bidang fizik yang belajar tentang teori semata. Meski itu jawapan yang sering diulang-ulang, rasanya jauh di sudut hati bukan cuma itu tujuan aku sambung belajar.

Aku sambung master geofizik kerna ingin mendapatkan pengalaman baru, dan ilmu baru pastinya. Sejujurnya fizik banyak mengajar aku tentang hidup, dan ciptaan Tuhan, di sebalik teorinya yang banyak. Jika tidak, mustahillah wujudnya kata-kata bahawa jika kau ingin tahu tentang semesta maka kau harus faham fizik. Namun, geofizik juga punya banyak khazanah yang harus diselongkar dan dihadam.

Semoga perjalanan ini diredha Tuhan.



Kecamuk rasa,
183004102015
 

No comments:

Post a Comment