Saturday 1 November 2014

Romance


Dr Hafizuddin asyik mengajar tentang teori mekanik kuantum yang dikemukakan pakcik Sommerfeld, iaitu peringkat kedua dalam perkembangan elektron bebas dalam logam.

"Teori ni awak boleh hafal sambil duduk-duduk tengok cerita 'Maaf jika aku tak sempurna' pukul 7 tu."

Seisi kelas gamat dengan tawa. Lagi-lagi kaum hawa.

"Sebenarnya realiti hidup yang sebenar jauh beza. Saya tak faham kenapa rancangan tv malaysia suka menyajikan cerita-cerita yang sekadar boleh membuai perasaan.

Bukan setakat belia remaja macam awak malah makcik-makcik yang dah umur 50-an pun duk melangut depan tv jam 7 tu." Dr itu meluahkan kekesalannya.

"Cerita yang sebelum ni apa tajuk dia?" Soalan luar syllabus dikemukakan lagi.

"Rindu awak 200%." Beberapa suara perempuan menjawab soalan yang ditanya itu.

Dr yang berumur pertengahan 50-an itu tersenyum dengan jawapan para pelajarnya itu."Haa,awak-awak yang pelajar universiti ni sepatutnya tak tengokla cerita yang kurang rasional macam tu. Baik tengok National geographic ke."Dia berkata kemudiannya dengan senyum yang masih tak cair.

"Tengok budak-budak lelaki,mana tengok cerita macam tu."Dr itu memprovok lagi dengan memuji kaum sejenisnya. Kelas pecah lagi dengan tawa. Student lelaki semua dah buat muka kembang semangkuk dipuji oleh pensyarah itu.

"Saya bukan apa,tapi life ni lagi bermakna dan bukan sekadar didefinisikan dengan romance yang disajikan di dada televisyen untuk tontonan umum itu. Alangkah baiknya kalau masa-masa itu awak peruntukkan untuk membaca quran atau apa-apa yang boleh mengabdikan diri kepada-Nya."

Seisi kelas mulai tunduk dan muhasabah. Erti hidup. Yang takkan wujud pun dalam syllabus solid state atau teori yang dikemukakan pakcik Sommerfeld.

"Ok, kita sambung dengan teori elektron bebas." Dr Hafizudddin meneruskan sesi pengajarannya. 22 pasang mata kembali fokus pada slaid.
 

No comments:

Post a Comment